Tuesday, February 7, 2012

Mas Kahwin


Kahwin Atau khawin? ahh tak ambil peduli, saban hari masih lagi jadi isu hangat debat antara aku dengan orang tua ku. Kahwin? Bukan tidak mahu, barangkali gila siapa yang tidak mahu kahwin. Mungkin tidak melepasi batas kudrat yang ada pada aku, tidak memenuhi syarat, hey! Mana ada orang kahwin pakai air saliva la. Sekonyong-konyongnya biar la cukup pendapatan hidup baru perlu difikirkan meminang si hawa.

Mungkin ‘fobiaism’ masih lagi larut dalam kepala otak ku ini, memang terasa walaupun sudah hampir 2tahun. Si hawa berdolak-dalik, si ibu pula menyokong dolak-daliknya. Keparat? Tak sampai hati untuk diluahkan tapi itulah hakikatnya. Mungkin mampu untuk menipu diri sendiri tapi sampai bila? Hendak dikata benci tidak, hendak dikata sayang pun tidak, mati perasaan jadinya. Tidak salah kalau hendak bermaterialistik tetapi biarlah berpadanan, inikan tidak, seperti anjing yang setia pada tuannya tapi apabila sudah tua, sudah kurap, langsung dibuangnya ditepi jalan, dibiarkan mati perasaannya.

Benar kata orang tua aku, saing-saing ku semuanya sudah langsung, berkeluarga. Si polan dengan hantarannya RM20k, si anu pula hantarannya RM18k. Wow! Banyak tu, tapi kadang kala aku terfikir sejenak, hendak dikata menjual anaknya mungkin mulutku bakal disepuk oleh pengkritik, hendak dikata ‘duit’ masa depan? Hmm mungkin ya, entahlah aku pun kurang pasti cuma yang aku teramat-amat pasti kalau-kalau aku hulur hantarannya RM20k agak-agak si dara boleh tak bertugas dengan teliti sebagai isteri?, agak-agak boleh tak si dara mencegah aku dari terus dihumban ke neraka jahanam?, kalau jawapannya 100% boleh jangan kata RM20k, RM50k pun aku sanggup, yalah kalau mahal-mahal pun tapi istilah sebagai isteri kurang difahami susah jugakkan, umpama kita beli Apple I-pad tapi akhirnya fungsi sama seperti Nokia 3310, berbaloi ke?.

Hahaha rileks la, ini cuma andaian saja, why soooo serious? Pekara paling malas sekali hendak aku bincangkan, memang betul kahwin adalah sunnah nabi tapi kalau belum sampai rezekinya macam mana? Untung kalau aku juihkan air saliva terus dapat kahwin. Hahaha. Aku tahu someone akan bagitahu aku lepas baca entry ni, ayat macam biasalah ‘lekas-lekaslah ye cari pasangan’ hahah, sabarlah ‘makcik’ oi, bukan tak nak cari tapi kena tunggu dapat beli superbike or dapat beli Honda Civic barulah aku cari ye, hahaha tak apa, semua tu dalam tangan tuhan, kalau-kalau diijabkan rezeki aku ni, esok jugalah aku kahwin ye, oh lagi satu, kalau ‘kahwin’ sekarang jugak aku boleh buat, yang jadi masalah atau susah sekarang ialah ‘nikah’ bukan ‘kahwin’, faham? Hahahaha…

=)

Friday, January 27, 2012

Sampai Tua


Thanks Kak Fynn for your inspiration..appreciate gile bebeyh sgt..sampai tua untuk si 'DIA'  =)


kasih
kesatkanlah airmata
ku dah tiba

kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita

kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap berpimpinan berdua

sampai tua
aku ada
sampai tua

takkan ku takut 



Sayang seribu kali sayang


“Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak kualamatkan”


Elena..Elena, betul-betul sayang, sepatutnya dengan rupa yang kau ada ni jagalah dengan betul-betul. Sepatutnya kau lebih layak dengan aku, bukan paras rupa yang aku gilakan tapi maruah kau aku tergila-gilakan untuk menjaganya.

#####################

Elena, gadis kacukan Pakistan dan Bugis, siapa yang tidak tertawan oleh keayuannya?, kulit putih gebu, muka yang ayu ditambah lagi dengan aset-aset wanita jelita yang menjadi idaman setiap lelaki dipelusuk malaya ini.
Hadi telah lama kenal dengan Elena dan sekarang sudah hampir 2 tahun pertunangan mereka. Banyak dugaan yang Hadi hadap setiap hari, bukan senang untuk menjaga kekasih hati yang molek sebegitu rupa. Ramai yang bilang mereka tidak sesuai, 

Hadi seorang yang agak pendiam dan penyabar manakala Elena pula seorang gadis koperat sosial, umpama langit dan bumi hubungan mereka.

Satu hari beberapa berita yang agak cengeng hinggap di telinga Hadi, mereka kata sudah kerap terlihat atau terserempak dengan Elena di kelab-kelab malam yang ternama di ibu kota dan paling menjengkelkan mereka mengatakan hampir tiap-tiap malam pelbagai jenis pemuda yang singgah di apartment Elena. Hadi hanya memekakkan telinga, dia hanya menganggap berita yang disampai oleh temannya hanya berita murahan seperti yang disiarkan oleh berita perdana jam 8. Hadi tidak percaya, dia amat benar-benar percaya kepada Elena, Elena seorang yang baik, seorang yang menjaga maruah wanitanya, tidak mungkin dia membuat pekara seperti itu.

########################

Malam itu tiba-tiba saja perasaan rindu menyelinap di hati Hadi, dia teringin hendak berjumpa dengan Elena. Dipendekkan cerita Hadi pergi ke apartment Elena. Setibanya disana Hadi mengetuk pintu, bagai kan ditabrak kontena hati Hadi luluh berkecai, seorang lelaki berbangsa yahudi barangkali berada di depan Hadi. Jelas kelihatan lelaki itu tidak berbaju manakala Elena pula hanya berkemban duduk bersimpuh diatas sofa.

Elena terkejut akan kehadiran Hadi, ‘You!, you buat apa datang malam-malam ni?’, ‘Err John, I think you better go now, I will call you later ok?’. Pemuda yahudi tadi bergegas memakai bajunya lalu keluar sambil menggayakan isyarat talifon kepada Elena. ‘Hadi kenapa you datang tak bagitahu?’, ‘tak apa I saja datang nak surprise kan you’. Hadi hanya tersengih melihat reaksi Elena, tiba-tiba satu hanyunan kayu golf hinggap padu di kepala Elena.

########################

‘Haaa dah bangun pun sayang aku sorang ni, maaflah I terpaksa buat macam ni supaya you tak melambatkan kerja seni I ni’

‘You nak buat apa ni Hadi?, please let me go, I janji I tak buat lagi!’

‘Relaks sayang, I tau you ni perempuan baik, jangan risau, I Cuma nak tunjuk rasa cinta sejati I dekat you saja’

Tangan dan kaki Elena diikat kemas di keempat-empat penjuru katil, kini tiada seurat benang pun yang menutup badan gebu Elena. Sekarang Elena hanya mampu menangis saja, pergerakannya terhad, hendak jerit mustahil untuk didengari kerana blok apartment yang dihuni oleh Elena hanya 40% saja diduduki.

‘You nak buat apa ni Hadi?, please Hadi, I boleh bagi badan I kalau you nak, You jamahlah puas-puas, please jangan buat apa-apa pada I Hadi, please!’

‘Shhh, diamlah sayang, I tak nak apa-apa, body you pun I tak pandang tau sayang’

‘ZAAPPPP!!’ satu tusukan pisau memotong sayur hinggap tepat di buah dada Elena.

‘Alamak, sorry sayang, salah target pulak, hihihi’

Elena menjerit kesakitan, dengan perlahan nafas Elena semakin lemah, kemungkinan dia pengsan ataupun sudah…..

Hadi menusuk pisau tepat di bahagian hati Elena, dicarik cariknya dada Elena. Prakkkk!!! Terdengar bunyik tulang rusuk Elena patah riuk dikerjakan Hadi.

‘Hmm susah betul nak cari hati you ni kan sayang, ahaaa I dah jumpa!’

Hadi memotong urat-urat abdomen yang ada pada hati Elena, digenggamnya lalu Hadi menoreh namanya di permukaan hati Elena menggunakan pisau, ‘MOHD HADIWANSHAH’.

‘Lepas ni mesti you tak pernah lupakan I kan?, sebab I sentiasa ada dekat hati you’

Hadi tersenyum, dia memasukkan semula hati Elena ke dalam, disusun rapi tulang-tulang rusuk dan daging-daging dada Elena tadi. Hadi capai jarum dan benang lalu jahit kesan-kesan luka yang ada di dada Elena.

‘cantikkan sayang I jahit?, eh sayang kenapa you tidur ni?, janganlah tidur, itu tanda you tak appreciate hasil seni I tau, takpa-takpa’

Hadi menyelak kelopak mata Elena, dipotongnya kedua-dua kelopak mata Elena kemudian Hadi menjahit diantara biji mata Elena dan kulit dahi Elena. Hadi tersenyum kembali sambil darah mata Elena masih lagi memancut tepat ke muka Hadi.

‘Hehehe, cantik mata you sayang, sekarang confirm you asyik tengok I je tau’

‘Hmmm, part ini yang paling penting, susah nak jaga, takpa, biar I uruskan’

Kaki Elena sudah terkangkang luas hingga jelas menampakkan vagina milik Elena.

‘cantik, kemas you jaga sayang, tapi sayang seribu kali sayang, you tak pernah pun nak jaga sarang maruah you ni’

Kini Hadi meneruskan hasil seninya, dengan teliti dan berhati-hati, Hadi menusukkan jarum dan benang dibibir vagina Elena. Ditariknya benang itu dengan kuat. Hadi mengulangi perbuatannya dari atas atmosfera vagina hingga ke penghujung batasan diantara vagina dan anus. Kemas, tertutup kemas bibir vagina Elena, tertutup rapat sehingga hampir tiada langsung ruang laluan angin.

‘Nahh, sekarang tak ada siapa pun boleh usik maruah you ni tau’

Hadi betul-betul puas dengan hasil nya, kelihatan satu susuk badan manusia yang dahulunya begitu indah namun sekarang dia tidak ubah seperti patung yang penuh dengan kesan jahitan dibadan dan ditambah pula dengan mata yang hampir menjengkil keluar.

‘Sekarang baru I puas hati, you sekarang jadi milik I selamanya, tak ada seorang pun yang boleh sentuh you selain I’

‘NORELENA STELLA, sekarang you jadi hak milik kekal kepada MOHD HADIWANSHAH’

=)

Saturday, January 14, 2012

Pelik?

Kau pelik!
kau pakai baju hakikatnya buah dada kau hampir-hampir tersembul keluar.

Kau pelik!
kau jurugambar hakikatnya bukan keindahan tuhan yang kau ambil.

Kau pelik!
kau pembela rakyat hakikatnya kau kunyah kehidupan rakyat-rakyat kau.

Kau pelik!
kau ulama hakikatnya kau tidak tahu yang mana halal dan yang mana haram.

Kau pelik!
kau pencinta hakikatnya kau lebih mencintai badannya bukan hatinya.

Kau pelik!
kau yang tersohor hakikatnya jatuh hina maruah yang kau simpan.

Kau pelik!
kau pelawak hakikatnya sedih yang kau pendam didalam hati.

Kau pelik!
kau berjaya hakikatnya kau kecundang tanpa sedikit harga diri.


AKU?
ya aku pelik,
tidak berperasaan,
menipu pada diri sendiri,
senyum tanpa mengira masa,
dan terus mengalah pada kitaran humen di bumi.

Mayat Reput Bernyawa (II)


(Maaf kepada peminat ‘happily ever after’, mungkin belum masanya untuk ke tahap klimaks, bagi aku hidup Si Jenin hampir-hampir tiada istilah ‘happily ever after’, hampir sama setiap detik, yang pasti Si Jenin mampu bangkit dengan kaki yang tempang.)

Hampir sebulan Jenin begitu, diam dan berkurung. Dasyat impaknya, bayak Jenin korbankan, dari harta, masa hingga ke rakan. Semuanya tidak diendahkan lagi, masih lagi terngiang-ngiang kata-kata Si Joyah, ‘kau tak ada masa depan’. Jenin memikirkan dimana silapnya, apa yang kurang dan apa yang terlebih tapi semuanya sudah terlambat. Perempuan seperti Si Joyah tak akan hirau lagi akan keadaan pada Jenin, kemungkinan Si Joyah sedang bercanggung dengan lelaki jongang yang lebih hebat dari Jenin.

********************

Kini Jenin di tempat lain, jauh dari tempat lahirnya. Dia nekad untuk membawa diri, cuba untuk menenangkan fikirannya yang hampir rosak. Tetapi cara Jenin begitu sekali silap, dia telah lari jauh dari jalan yang terang. H2O haram santapan baru bagi Si Jenin, jika dia sesekali terimbas ‘kisah filem’ lamanya dia akan menelan H2O itu sedikit demi sedikit.

Sungguh menyedihkan, Jenin terfikir ‘kisah filem’ itu tidak akan diulang tayang tapi silap, Joyah sering saja mencari Jenin. Bukan dicarinya untuk membuat ‘kisah filem’ baru tapi masih lagi dengan kisah yang sama. Joyah seolah-olah tidak pernah rasa bersalah, masih lagi dengan tabiat yang lama, meminta-minta hasil keringat Jenin dengan alasan dia dalam kesusahan. Jenin faham Joyah dalam keluarga yang serba kekurangan tapi Joyah telah menyalahgunakan kedudukannya. Hampir setiap bulan Joyah mencari Jenin, terus dan menerus. Mungkin Joyah sudah tahu yang Si Jenin sudah senang, berkerjaya, berkedudukan tinggi.


Satu hari Jenin sudah bernekad untuk berjumpa dengan Si Joyah, Jenin memberitahu niatnya tapi beribu alasan yang dibagi oleh Joyah. Jenin masih tetap dengan niatnya, Jenin menyusun atur dan berangkat ke tempat Joyah tanpa pengetahuan dia.


Setibanya disana, Jenin mencari lokasi Joyah dengan penuh harapan, ke utara, selatan, timur dan barat Jenin mencari tapi hampa kelibat Joyah tidak kelihatan. Jam di tangan menunjukkan sudah pukul 9 malam, Jenin tidak perasan hampir 8jam dia mencari kelibat Si Joyah dan Jenin juga terlupa bas yang Jenin perlu naik untuk pulang berakhir 1jam sebelumnya. Apakan daya, helaian not berangka di dalam poket Jenin hanya cukup untuk pulang ke rumahnya. Jenin memutuskan esok saja dia pulang dan nampaknya malam ini bukan rezeki Jenin untuk tidur diatas tilam yang empuk. Jenin mencari kepingan kotak untuk membuat alas pembaringan, malam ini Jenin bermalam saja di tepian jalan yang tidak biasa dia lawati.

********************

Thursday, January 12, 2012

Mayat Reput Bernyawa (I)


Jam menunjukkan pukul 11 malam, Jenin masih lagi mengayuh basikal buruknya di tepi highway. Begitulah rutin harian Jenin bila dia dapat cuti oleh majikannya. Jenin tidak ada apa-apa, cuma basikal buruknya menjadi peneman, Jenin akan mengayuh sejauh yang mungkin untuk mengisi masa lapangnya daripada berjoget ‘shuffle’ di tengah-tengah bandaraya. Tiba-tiba…

“Di daun yang ikut mengalir lembut,
Terbawa sungai ke ujung mata,
Dan aku mulai takut terbawa cinta,
Menghirup rindu yang sesakkan dada.”

Handphone murahan Jenin berbunyi melawan bunyi-bunyian Sang Cengkerik. Tertera nama ‘Joyah’, buah hati Jenin yang amat dia sayangi. Barangkali Si Joyah menalifon Jenin kerana rindu, maklum la sudah hampir 3 bulan mereka tidak bertemu. Jenin menjawab panggilan dengan penuh kasih sayang..

‘Assalamualaikum ma’
‘Waalaikumusalam’
‘Tak tidur lagi ke ma?, kan da malam ni, rindu ye?’
‘tak apa, tak mengantuk lagi la. Papa buat apa tu?’
‘dekat tepi highway ni, tengah mengayuh, saja senam, nanti mama juga untung papa sihat’
‘hmm baguslah’
‘kenapa ni?, macam ada yang tak kena?’
‘ada benda sikit orang nak bagitahu ni’
‘kenapa?, bagitahu la’
‘papa rasa kita ni macam mana?, maksud mama hubungan kita ni’
‘kenapa tanya macam tu pulak?
‘orang rasa kita macam tak ada masa depan, sampai bila nak macam ni?. Orang rasa kita putus saja senang, memang tak ada masa depan, orang dah bosan macam ni tau’
‘tapi ma..’
‘maaf sangat-sangat Jenin, awak kena lepaskan saya, awak memang tak ada masa depan untuk saya, saya harap awak faham’
‘tunggu dulu, kenapa buat macam ni?, awak ada orang lain?, kenapa?’
‘anggap saja kita tak ada jodoh, tolong lepas ni jangan cari saya lagi’
‘kenapa kau buat aku macam ni ha!, apa salah aku? Kee..naa’
tutt..tutt..tutt..tutt
**********************************

Hati Jenin remuk ketika itu, terduduk dibuatnya. Jenin masih termenung di tepi jalan, jam menunjukkan sudah pukul 2 pagi, hampir 3jam Jenin tidak tentu hala, hilang arah tujuan, hendak balik ke rumah pun Jenin hampir-hampir terlupa. Dia masih lagi kaget dengan tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Joyah. Jenin tidak menyangka, hampir 4 tahun hubungan mereka, Jenin sanggup bermati-matian, susah senang untuk Si Joyah tapi ini yang dibalasnya.

Sememangnya Jenin tidak mempunyai apa-apa, tidak berkereta, tidak berharta, gaji yang diperolehinya hanya cukup-cukup untuk keperluan harian malah basikal buruk yang ditunggang oleh Jenin itu pun hanya mampu membayar ansuran di kedai. Dia tidak mewah tetapi dia sentiasa berusaha menjanjikan kebahagiaan untuk orang yang dia sayangi, baik kekasih hati mahupun sahabat. Jenin tidak pernah merungut kekurangan yang ada padanya.

Sudah hampir subuh, sebentar lagi akan berkumandang azan yang dilaksanakan oleh Si Lebai, Jenin masih lagi berjalan kaki, menunduk ke bumi, masih tertanya-tanya apa yang sudah terjadi, Senang saja Joyah merenyuk-renyukkan hati Si Jenin seperti kertas A4. Hina sungguh Joyah membuang Si Jenin, menghalau Si Kurap di jalanan. Jenin sememangnya sudah hilang hati, 4 tahun hatinya ada pada Si Joyah, kini Joyah hilang tanpa mengembalikan hati Si Jenin.

Hendak diikutkan perasan iblis, hendak saja Jenin mencari Si Joyah, mengambil haknya, ingin saja Jenin merobek-robekkan dada Si joyah, melapah setiap daging yang ada, memijak hancur tulang rusuk yang ada untuk mengambil hatinya sebagai pengganti. Sayang, sayang sekali, sudah terlambat, umpama utara dan selatan, Jenin tidak mampu lagi untuk mencari Si joyah. Yang pasti, Jenin berterima kasih kepada Joyah kerana telah berjaya mentransformasikan Si Jenin kepada mayat reput bernyawa, terima kasih……